Sunday, November 2, 2008

Karnival KRK dan Perasmian Blog KRK Johor


Karnival KRK peringkat negeri Johor berlabuh tirai pagi tadi. Karnival KRK yang menjadi acara tahunan kali ini bertumpu di Daerah Pontian. Sebanyak 6 acara dipertandingkan iaitu Pidato, Public Speaking, Scrabble, Catur, Nyanyian Lagu Patriotik dan Pantun telah dipertandingkan. SMK Mohd Khalid menghantar 3 orang pelajar mewakili daerah Johor Bahru dalam pertandingan Public Speaking dan Nyanyian Lagu Patriotik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sharvini (Public Speaking) yang telah muncul johan kategori perempuan. Tahniah dan syabas juga kepada Amryzad dan Azmira (Nyanyian Lagu Patriotik) yang telah muncul naib johan kategori masing-masing. Secara keseluruhannya Daerah Johor Bahru menunjukkan prestasi yang membanggakan mengatasi peserta dari daerah lain.

No comments: