Wednesday, October 22, 2008

Karnival KRK Daerah Johor Bahru-Lagu Patriotik


Karnival KRK Daerah Johor Bahru, Nyanyian lagu patriotik telah diadakan pada 21 Oktober 2008 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd Khalid, Johor Bahru. Karnival ini telah disertai oleh 7 orang peserta daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Mohd Khalid, SMK Mutiara Rini, SMK (P) Sultan Ibrahim, SMK Bandar Baru Uda dan SMK Dato' Jaafar. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kedua-dua peserta tuan rumah iaitu Muhammad Amryzad (tanah pusaka) dan Azmira (perwira). Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh En. Nezhan Bin Mohd Esa Pegawai Khas Menengah PPD Johor Bahru. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

No comments: